It's All About Us

WE LOVE CFS

Usrah Kita

Orang seperti aku dan tarbiyah..(I)??

Posted on November 2, 2010 at 12:11 AM

INTRO


Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya dan berjihadlah dijalanNya supaya akmu mendapat keuntungan"

(Al-Maidah : 35)


Dalam ayat di atas Allah memerintahkan manusia mencari segala jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya dan berusaha mendapatkan keredhaanNya. Atas dasar memenuhi tuntutan inilah kefahaman tarbiyah ditegakkan. 


Tarbiyah merupakan segala usaha yang dilakukan ke arah mendekatkan diri kepada Allah. Justeru, ia melibatkan segala usaha melibatkan pendidikan, pengalaman dan penglibatan diri dalam perjuangan Islam. Kesan persekitaran dan faktor lain yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah.


Allah telah menggariskan dasar-dasar pentarbiyahan serta caranya dalam al-Quran. Rasulullah pula telah melaksanakan dasar-dasar pentarbiyahan ini dengan begitu berkesan. Dari pentarbiyahan tersebut Rasulullah telah berjaya melahirkan individu yang benar-benar menghayati Islam dan sanggup untuk memberikan seluruh kehidupan mereka untuk perjuangan Islam.


 

MATLAMAT TARBIYYAH ISLAMIYYAH


A. MATLAMAT KHUSUS


1. Melahirkan umat muttaqin yang mempunyai ta’alluq billah yang kuat

Ini bermaksud Tarbiyyah islamiyyah bertujuan melahirkan satu generasi para duat yang bertaqwa dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas perjuangan Islam. Taaluq billah bermaksud tarbiyyah Islamiyyah bermatlamat melahirkan para mukmin yang hidup dan matinya, ibadah dan pengorbanannya untuk Allah.


2. Melahirkan insan muttaqin yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah

Tarbiyyah Islamiyyah adalah program melahirkan insane muttaqin yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka adalah golongan manusia yang benar-benar cintakan Allah dan berlumba mendapatkan keampunan dan syurgaNya. Mereka juga benci dan takut dilemparkan oleh Allah ke neraka jahannam.


3. Melahirkan para mukmin yang menghayati perjuangan

Mukmin yang menghayati perjuangan ialah orang-orang yang perasaan, percakapan dan tindakan mereka telah dikuasai oleh kesungguhan terhadap perjuangan. Firman Allah swt yang bermaksud:


“Sesunguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu untuk berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar” (Surah Al—Hujurat : 15)


B. MATLAMAT UMUM


1. Beribadah kepada Allah swt yang Esa mengikut syariat yang diwujudkan oleh Allah swt seperti mana firmanNya yang bermaksud:


“Dan ingatlah tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu” (Surah Az Zariyat : 56)


2. Menjadi khalifah Allah swt di atas muka bumi. Firman Allah swt yang bermaksud:


“Dan (ingatlah) ketika Tuahnmu berfirman kepada malaikat: “sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang kahlifah di bumi” (Al-Baqarah : 30)


Ekoran daripada itu, maka penciptaan manusia oleh Allah bertanggungjawab memakmurkan bumi ini dengan segala perancangan dan poembangunan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah swt.


1. Berkenal-kenalan dan berbaik-baik dikalangan manusia.


Allah swt berfirman:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami teloah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Surah Al- Hujurat :13)


Oleh kerana itu, manusia hendaklah berkasih-sayang sesama mereka, bantu membantu antara satu samal lain dan seterusnya ingat-mengingati serta pesan-memesan sesama mereka dalam perkara kebaikan.


2. Memimpin dan memerintah dunia ini.


Firman Allah swt:

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi; sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengambangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka menggantikan ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka”. (Surah AnNur: 55)


Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa Allah swt menjanjikan golongan beriman dan beramal soleh dari kalangan manusia akan dikurniakan kuasa pemerintahan di atas muka bumi ini. Pada waktu itu manusia dapat menjalankan urusan harian dan berbakti kepada Allah swt dalam suasana yang aman.


3. Menjalankan syariat Allah swt di bumi ini.


Matlamat dan tujuan seterusnya manusia dijadikan oleh Allah swt ialah untuk menjalankan syariat Allah di muka bumi ini. Ini merupakan matlamat yang sangat besar dan masyhur. Ia merupakan intisari kepada segala matlamat yang lain. Banyak ayat-ayat Al-Qur’an yang menerangkan kepada kita tentang perkara ini. Antaranya ialah firman Allah swt:


“Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)” (Surah Al Jathiyyah : 18)






Categories: Fundamental Islam

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

::DEMI MASA::

::Asmaul Husna::


Kongsi idea?

ShoutMix chat widget

Recent Forum Posts

No recent posts

we love cfs