It's All About Us

WE LOVE CFS

Usrah Kita

Orang Seperti Aku dan Tarbiyah..?(III)

Posted on November 7, 2010 at 8:59 AM

F) RUANG LINGKUP TARBIYYAH


1. Tarbiyyah Aqliyyah

Mendidik dan mengajar ahli memimpin akal untuk berfikir, memberi pandangan dan tafaqquh dalam ilmu serta boleh merancang berlandaskan sumber-sumber utama.


Tuntutan kepada ahli:


a) melatih akal supaya boleh berfikir dan merancang untuk keperluan gerakan


b) menghindarkan diri dari budaya taqlid daripada orang lain atau orang terdahulu.


c) Mendidik akal mengkaji sumber-sumber syariah dan melatih diri mengaplikasikannya

berdasarkan keperluan dan kesesuaian semasa.


d) Berlatih mendengar dan meraikan pandangan ahli, mempertimbangkan pandangan tersebut barlandaskan asas Islam.


e) Sentiasa menjadikan sumber asas Islam sebagai makanan akal.


f) Berlatih untuk mengembangkan pemikiran (pemikiran terbuka).


2. Tarbiyyah Khuluqiyyah (tingkah laku)


Akhlak itu meliputi seluruh sudut kehidupan. Ia meliputi kawalan nafsu, benar dalam percakapan, ihsan dalam amalan, amanah dalam muamalat, berani dalam memberi pandangan, adil dalam menghukum, berazam untuk kebaikan dan sebagainya. Terdapat beberapa elemen penting dalam Tarbiyyah Khuluqiyyah yang harus diaplikasi oleh setiap ahli:


Sabar – sabar dengan apa jua keadaan walaupun dalam keadaan susah, senang, suka, sedih dan sebagainya


Thabat (tetap pendirian) – istiqomah dan iltizam dengan perjuangan. Perlu menjadikan Rasulullah saw sebagai qudwah hasanah.


Amal (berwawasan) – mempunyai azam untuk menaikkan Islam dan memberi pengharapan terhadap kejayaannya, tidak berputus asa dalam perjuangan Islam.


Mencurahkan tenaga – gigih dan berusaha dalam menggerakkan jamaah. Tidak kedekut dalam menyumbangkan masa, tenaga, harta, kebahagiaan keluarga hatta diri sendiri untuk jamaah


3. Tarbiyyah Jihadiyyah (Jihad)


Tarbiyyah Jihad merangkumi iman, akhlak, ruh, usaha bersama kawalan dan latihan dan tindakan. Menanam ruh jihad termasuklah jihad nafsu, harta, jiwa dan masa. Oleh itu tarbiyyah jihad mencakupi:


Kefahaman

Akhlak

Iman

Persediaan ruh

Persediaan mental

Persediaan jasad

Persediaan keperluan (instrument)


4. Tarbiyyah Ijtimai’e

Firman Allah swt yang bermaksud:


“Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah tuhan kamu dan berbuatlah kebaikan supaya kamu beruntung. Dan berjuanglah (di jalan Allah) dengan perjuangan yang sebenarnya” (Surah Al Hajj : 77-78)


Perkara yang perlu dilakukan oleh ahli-ahli jamaah adalah:

Sebagai pengubah masyarakat

Membuat pemusatan untuk memberi khidmat dalam apa jua keadaan sekalipun, sama ada memberikan ta’lim, latihan dan rawatan dalam penjagaan masyarakat kepada penunjuk agama.

Memberikan komitmen yang penuh kepada gerakan Islam dalam menjalani kerja-kerja dakwah dan mahir dalam merancang strategi dakwah.


5. Tarbiyyah Fizikal

Tarbiyyah ini membawa matlamat:

Kesihatan fizikal dan menyelamatkannya dari penyakit

Kekuatan anggota fizikal dan boleh berfungsi bila-bila masa

Menjana kekuatan fizikal dengan mempelbagaikan medan perjuangan


6. Tarbiyyah Siyasah

Tarbiyyah siasah memberi perhatian kepada pembentukan bangsa daripada pengabdian diri kepada ideologi kepada ketaatan kepada Allah swt. Ia menitikberatkan perkara hukum, peraturan daulah, hubungan kerajaan dengan musuh, kaitan antara muslim dan non-muslim dan seumpamanya. Justeru gabungan antara tarbiyyah siyasah dan tarbiyyah agama perlu dibina agar tidak berlaku pemisahan. Maka harus ke atas ahli untuk:


Kuatkan kesedaran dan sensitiviti dalam membebaskan bumi Islam daripada kuasa kafir dan munafik


Mengumpulkan sebanyak mungkin kemahiran dan skil pembinaan siasah Islamiyyah

Menjalin hubungan baik dengan pemerintah serta non-muslim yang lain menampilkan asas agama secara praktikal


 Merancang tindakan dan aktiviti selaras dengan kehendak syariat


 Memberikan pengisian ringkas tentang kesyumulan Islam dalam program siasah.


G) TARBIYYAH DALAM HARAKAH ISLAMIYYAH


Harakah Islamiyyah perlu menekankan aspek Tarbiyyah kerana tarbiyyah merupakan asas paling utama dan tulang belakang bagi sesebuah harakah Islamiyyah. Sesebuah harakah Islamiyyah seharusnya mewujudkan unsur-usnur yang mampu melahirkan ahli jamaah yang mempunyai sifat-sifat berikut:


.Berkebolehan memimpin, membimbing dan mentarbiyyah ummah.

.Berkemampuan untuk menyampaikan dan mempertahankan fikrah Islam yang didokong oleh .Harakah Islamiyyah

.Kritikal dan tidak menjadi pengikut semata-mata

.Mempunyai pandangan yang mendalam terhadap waqi’

.Berpandangan jauh.

.Menghayati tuntutan amal jamaie


H) UNSUR-UNSUR HARAKAH ISLAMIYYAH


Manhaj Tarbiyyah merupakan perencanaan yang digunakan sesuatu harakah untuk dalam proses pentarbiyyahan ahlinya. Manhaj itu perlu merangkumi unsur-unsur berikut:


1. Marhalah tarbiyyah


Rasulullah saw melakukan pentarbiyyahan berperingkat terhadap sahabat disebabkan perbezaan kemampuan dan tabiat mereka. Hassan al Banna sebagai pembawa tajdid dalam gerakan Islam menggariskan tiga marhalah Tarbiyyah:(


a) Marhalah ta’rif: satu tahap pembersihan aqidah


b) Marhalah takwin : proses pembentukan rijal ad-dakwah


c) Marhalah Tanfiz : memastikan ahli yang ditarbiyyah berkualiti dari sudut praktikalnya.


2. Tarbiyyah melalui murabbi


Peranan murabbi perlu untuk membimbing dan memerhatikan peningkatan ilmu dan kefahaman, pembentukan syakhsiyyah serta penerusan amal yang diredhai Allah.


3. Tadrij


Kaedah ini perlu dilaksanakan dalam Tarbiyyah. Kemampuan menentukan tahap penekanan tarbiyyah ahli harakah perlu dimiliki oleh murabbi berdasarkan kawalan di setiap marhalah. Tidak semua ahli disamakan pengisian tarbiyyah sebaliknya berdasarkan pencapaian mereka pada setiap marhalah.


4. Tawazun


Keseimbangan tarbiyyah antara jasadiyyah dengan ruhiyyah amat perlu untuk mengelakkan terjadinya ahli yang terlalu memberi tumpuan kepada aspek tertentu sahaja.


I) MATLAMAT TARBIYYAH DARI SUDUT JAMAAH (HARAKAH)


Tujuan tarbiyyah dari sudut jamaah antara lain bolehlah disimpulkan kepada perkara-perkara berikut:


1) Membekalkan jamaah dengan faktor kemanusiaan yang mempunyai kelayakan di bidang-bidang berikut:


.Bidang dakwah dan penerangan

.Bidang amal dan harakah

.Bidang pengurusan dan pentadbiran

.Bidang kerja politik

.Bidang sosial dan kemsyarakatan

.Bidang kerja ekonomi

.Bidang akademik

.Bidang pendidikan dan pembinaan

.Bidang sukan


2) Membekalkan jamaah dengan tenaga kepimpinan yang baik, yang sudah dilatih dengan matang agar tenaga-tenaga itu dapat ditempatkan pada tempat-tempat yang diperlukan antara lain:


.Kepimpinan di bidang kerja fardi dan jamaie

.Kepimpinan di bidang kerja sosial

.Kepimpinan di bidang kerja politik, ekonomi, pengurusan, pentadbiran, pendidikan dan lain-lain.

.Membekalkan jamaah dengan faktor-faktor kemanusiaan yang mampu menangani urusan yang berkaitan dengan jamaah-jamaah yang bersimpati dengan harakah atau jamaah-jamaah yang bermusuh dengannya.

.Membekalkan jamaah dengan faktor-faktor kemanusiaan yang mampu memanjangkan fitrah jamaah kepada generasi-generasi yang akan datang.

 

KESIMPULAN

Kelemahan tarbiyyah menyebabkan kelemahan ummah. Sebuah harakah yang lemah menggambarkan kekuatan tarbiyyahnya. Oleh kerana itu Tarbiyyah perlu menjadi makanan utama penggerak harakah Islamiyyah, dihadamkan dan diberikan secara sepenuhnya. Akibat dari kelesuan tarbiyyah atau gerakan tarbiyyah yang tidak mendasar secaramenyeluruh akan menjadikan pendokong-pendokong atau penggerak-penggerak jamaah menjadi buntu, hilang punca, lari dari jamaah dan timbullah penyakit-penyakit yang mewabak yang merosakkan jamaah seperti dengki, khianat, futur, riya’, cintakan pangkat, kemegahan, darjat dan sebagainya.

 


Categories: Fundamental Islam

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

1 Comment

Reply Jamesmag
10:06 PM on January 16, 2017 
Переплачиваешь за фотографии на фотостоках.
Всего за 30-50 рублей/шт. регистрируйтесь по данной
ссылке и вуаля - shutterstock, istock, Pixabay, 123RF и многие другие фотостоки в одном - http://shopdiz.biz/r/B2KqALmC
[IMAGE]http://s014.radikal.ru/i329/1701/3f/bb413a5ff8f8.jpg

::DEMI MASA::

::Asmaul Husna::


Kongsi idea?

ShoutMix chat widget

Recent Forum Posts

No recent posts

we love cfs